Saturday, February 19, 2011



Komposisi Asas
Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar.


Pemilihan lensa
Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan.




Teknik Digital Darkroom
Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian 

computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara 
proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging 
dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white 
balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya. 





Retouching 
Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti 
menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya. 





Gambar Hitam Putih / Monochrome 
Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan 
menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia 
digital. 



Filters 
Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling 
penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar 
dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga 
kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu 
boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan 
bayang-bayang di dalam air. 









Perisian pengurusan Imej (workflow) 
Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne 
CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan 
sebagainya. 











No comments:

Post a Comment